Khamis, 12 Disember 2013

Rozaiman Omar Baki, Tanggal 28.02.1990 merupakan detik bersejarah yang penuh makna dalam hidup ku. Pertemuan pertama dengan mu dipesta Ria (Disekolah Rendah Majidi) telah membibitkan bunga-bunga kasih diantara kita. Sayang…mulai dari perkenalan pertama itu, kita mulai memintal benih-benih sayang dan akhirnya kita berjaya mengharungi liku-liku serta pahit maung percintaan kita dan akhirnya pertunangan diantara kita semakin menguatkan ikatan perhubungan kita. Kekasih, sekali lagi peristiwa indah berlaku dalam hidup ku. Pada tanggal 10-04-1993 kita telah selamat diijabkabulkan dihadapan kadhi dan sanak saudara yang turut menjadi saksi pernikahan kita. Indah sungguh waktu itu sayang… tak mungkin dapat aku luputkan kenangan manis itu, malah sentuhan pertama mu itu masih lagi hangat membara…didasar sanubari ku. Sayang ku Rozaiman, Selautan terima kasih ingin aku bentangkan kepada mu kerana kesabaran dan ketabahan mu menghadapi suka duka tanpa insan kecil bergelar zuriat…terima kasih sayang. Selama lima tahun kau bersabar menerima tohmahan, cacian serta kercian dari sebilangan masyarakat yang tidak pernah mengerti betapa kita lebih menderita inginkan penyeri rumahtangga, mendengar gelak tawa insan comel bergelar bayi…. Seagung terima kasih sayang kerana ketabahan dan kesabaran mu. Kekasih ku…..genap pada 10-04-1998 dihari Ulang tahun perkahwinan kita yang ke-lima, aku disahkan hamil, betapa gembiranya aku ketika doktor yang merawat ku mengumumkan bahawa aku sedang mengandungkan anak kita. Oh tuhan, ingin sahaja aku menjerit sekuat hati ku, memberitahu seluruh dunia aku jua bakal menjadi seorang ibu….ibu kepada anak mu dan berita itu benar-benar membuat kita bahagia. Rozaiman, Kehadiran cahaya mata kita yang pertama semakin menguatkan ikatan perkahwinan kita. Kelahiran bayi lelaki yang telah kita namakannya Razzaq `Aliy Nafi’.. Nur Aliah Najihah dan juga Rania Aliah Najwa benar-benar membahagiakan kita. Terima Kasih sayang….terima kasih kerana membahagiakan aku. Rozaiman, tiada insan lain yang layak untuk bergandingan disisi ku kerana hanya kau seorang sahaja lelaki yang paling aku cintai sedari tanggal 28-02-1990 sehingga ke hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan